Friday 16 November 2012

Sebagai permulaan :Mohon Perhatian sejenak Wanita :)

As Sallam ya Anta,
    Salam di hulur pembuka bicara..lantunan rasa buat jelata yang di gelar mukmin sejati. ahaks! Mukmin sejati.. masih ada kah lagi gelaran ini? kalo  zaman nabi2 dahulu, time tu islam masih kuat..memang ada orang yg hadir menegakkan islam sehingga terlahir pahlawan dan srikandi yang memungkin kan kemenangan kepada islam.
    Mengapa  begitu sedikit rasa keimanan kat hati kita? tapi soalan yang lebih sesuai, mengapa perlu timbul soalan sebegitu? tidak cukup ka ulamak2 yang ada di dunia ini? kalo xcukup, kita masih boleh rujuk buku2 ilmiah islam. atau sekarang, dah ada smartphone yg dpt mengaplikasikan internet kat mana saja. Macam aku di uitm samarahan nie..easy access hampir semua kawasan..amacam? wujud ka perkataan limited resouces?
    Aku karangi aksara ini di malam dingin dan mendinginkan. timbul rasa sedar dalam diri aku, islam kita ini hanya pada nama ka? apakah islam kita di luar sahaja..? sekarang aku sentuh soal imej. imej peribadi muslimah, bertudung labuh sehingga menutupi bawah dada..tapi apakah itu kerana ALLAH atau mahu menarik minat lelaki soleh semata2?.. please setting balik niat kita..selami betul2 apa yg kita inginkan ketika bertudung labuh, samada keredhaan Allah atau inginkan lelaki soleh semata2..
    Junjung kasih sang jelata untuk terus bermadah melalui aksara. Aku perhatikan sejenak dunia ku. adakah benar mereka tahu akan perkara yg bernama aurat itu? tidak kira lelaki atau wanita, tudung itu tidak wajib, tapi yg wajib adalah menutup aurat. samalah seperti, berkasut tinggi itu tidak haram bagi wanita. yg mengharamkan nya bila kasut itu berupaya mengeluarkan bunyi sehingga menarik minat lelaki utk menghampirinya. jadi, aku nak share satu cerita yg aku dapat dari Ustaz Azhar :

Adik : akak , kenapa pergi sekolah akak pakai tudung tapi bila kat luar sekolah akak tak pakai tudung ?

Akak : Alaa , peraturan sekolah kena pakai tudung laa , kalau tak pakai nanti kena ronta . ish malu tau ark kalau kena rotan . Sakit pulak tu .

Adik : Ouhhh , jadi akak takut laa dengan peraturan sekolah ?

Akak : Iye laa adik . kalau tak pakai , kang tak pasal-pasal kena rotan . Eii tak mao l
aa . Sakitt dan maluuu .

Adik : Habeh , akak tak takut ke kena rotan kat dalam kubur ? Akak tak takut ke nanti kena bakar sebab tak pakai tudung . Rambut tu kan sebahagian daripada aurat perempuan .

Akak takut peraturan sekolah , tapi peraturan Allah , akak abaikan . Akak malu bila dirotan , tapi akak tak malu pulak ek melanggar peraturan Allah . Kena rotan dalam kubur lebih sakit daripada kena rotan kat sekolah .

Kita nie hamba Allah je , kita tak de hak nak melanggar peraturan Allah . Berubahlah akak selagi sempat . Tutuplah aurat akak , kalau akak sayangkan abi , ummi , abang dan adik . Adik sayang akak , adik tak nak nanti akak kena seksa dalam kubur dan kena bakar . Tutup aurat yea akak . :')

*orang perempuan lebih Cantik,manis dan berseri apabila bertudung...^_^
   
    Jadi, mana yg lebih kita takuti? hukum di dunia atau akhirat? bertudung pun ada caranya ya, kaum hawa sekalian alam. jgn bertudung mengikut fesyen semata2. aku pernah melihat salah satu sesi ceramah ustaz don berkenaan dengan tatasusila bertudung yg sebenar :

1.  وليضربن dan ولايضربن بارجلهن (Jangan hentakkan kaki kamu) -Kain Tudung Berjuntai Ke Bawah
Kain tudung yang dipakai mesti la terjuntai@melabuh jatuh ke bawah..Bukan ke atas..Bermakna apabila kita pakai tudung tu, tudung tu memberat ke bawah dan menutupi bahagian depan dan belakang badan..So apabila kita tunduk, orang tak kan nampak lurah atau isi dalam baju kita..Kalau angin tiup pun,boleh nak cover lagi la..

2. بخمرهن (Terselindung)
Kalau kita nak selindung atau sembunyikan sesuatu, benda yang menutupi mesti la yang tak jarang kan? Lain kata transparent..Kalau jarang, nun dari jauh udah nampak bayang-bayang benda yang  kita disembunyikan..Bermakna kain tudung yang kita pakai mestilah tak jarang..Bukan tudung ja, baju pun sama..Dan yang ramai orang tak sedar adalan kain telukung kita..Selalunya kita tengok kain telekung yang jarang kan? Konon beli yang nipis macam plastik atau yang licin nylon tu boleh lipat kecik-kecik..mudah nak bawak kalau nak pergi travel jauh-jauh, jimat ruang.. Tapi mana sah solat kalau kita pakai telekung yang boleh nampak badan atau telinga kita..(Gilo po solat tak pakai baju sampai boleh nampak badan..)..Rambut pun sama, kang tengah solat, rambut elok je tembus kain telekung tu..dah solat kita tak sah tanpa kita sedar..iye dak?

Longgar
Kain tudung tu mestilah longgar..Ni zaman sekarang sumenya gigih nak lilit kepala sampai nampak saiz kepala gajah..Trent sekarang pakai tudung nak nampak sanggul..Yang xde sanggul pun gigih la pegi beli tudung yang ada sanggul tipu tuh..Siyez la CK cakap, TAK CANTIK pun korang pakai macam tu..

Rasulullah S.A.W bersabda:
“Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” 
(HR : Muslim. Hadith no 212.)
Tersembunyi
Bila pakai tudung, telinga tak boleh nampak..Bentuk pun tak boleh nampak..bukan setakat anggota yang telinga tu je, semua yang patut ditutup la..

Menutupi @ menyelaputi
Otak yang hilang kewarasan kerana diselaputi selepas mabuk minum arak..(mesti ramai yang tak faham part ni..CK tak tau nak hurai macam mana..kalau nak faham,kena tengok dalam video nih..)

3. على (Atas)
Atas..Bermakna diluar..Bukannya pakai di dalam..Contoh yang paling mudah, pengantin zaman sekarang suka sangat pakai tudung masuk dalam baju..So dada mudah dilihat..Kenapa sebelum kawen,molek je tutup dada tapi bila time kawen, nak masukkan dalam baju..Kononnya nak nampak fit,kemas tapi dosa sudah sampai time tu..Beware..

4. جيوبهن (Dada)
Atas dada..Makna atas dada bukanlah atas dada bawah leher..Tapi ATAS BAHAGIAN DADA..tudung dilabuhkan ke bawah melebihi dada dan atas pusat..Nak mudah, masa kita solat selepas kita takbir, kan kita letak tangan atas daripada pusat..Jadi itulah takat yang sesuai untuk wanita memakai tudung..melebihi dada atas pusat..
    Now, check balik, samada pemakaian tudung kita tu, ada x ciri2 kat atas..kalo ada..yaa, anta semua boleyh la guna tudung jenis apa sekali pun, hana tajima ka, ala2 turkiye ka..terpulang..asal jgn melampaui apa yg dikehendak islam ok?
    Jangan guna tudung bonggol unta nya tinggi g dari umah flat yg aku tinggal sekarang nie, jangan guna selendang yg ketat sehingga menampakkan bentuk telinga dan leher..jgn guna tudung terus kalo mau guna seluar dan baju yg ketat..
    OK, segala salah silap terkasar bahasa untuk post pertama dalam blog aku nie, sepuluh jari ku mohon keampunan, sekadar perkongsian ilmu, tidak terlintas di hati merujuk kepada sesiapa2..
    Sehingga berjumpa lagi di post yang akan datang, terima kasih kerana sudi membaca dan berkongsi..
Akhir kalam, Allahu akram...wabillah hi taufik, wal hidayah....wassalamu alaikum warah matullahi wabarakatuh...amin rabbal alamin :)

No comments:

Post a Comment