Friday 23 November 2012

Cinta dan Islam

    "Bro, ko tauk x, ada miak laki tok, muka nang bisak tapi awek dia..cun giler" sergah kawan ku..ahaks! aku just mampu tersenyum la dengan ape yg dia cakap tu.kita sering tersilap pandang, tersalah tefsir tentang apa itu cinta kan? kita kehairanan bila melihat kawan2 kita yang muka tak seberapa dapat awek yg bukan main dasyat cantik nya..ahahahaha nauzubillah..apa yg aku cakap nie..
    Aku pegang ayat nie " Sesungguh nya, Allah menciptakan kaum hawa itu dari rusuk nya Adam" kat situ jelas la sgt2..chemistry lelaki dan wanita nie memang la kuat. xkira camana rupa dia, bentuk badan dia dan apa pun physical attraction yang dia ada..kita tak boleyh la nak pertikaikan..jodoh itu Allah yang tentukan.
    Kenapa Islam mengharamkan istilah 'couple'? sebab ianya boleyh menjurus kepada kearah kemaksiatan, penzinaan dan sebagainya.
    "Takde lah, aku ngan awek aku takde pun sentuh2" ujar kawan ku..ya memang benar tidak ada sentuh2 tapi kemaksiatan tu bukan dengan sentuhan je tau. once kita dah trima seseorang itu sebagai awek or balak kite..start la ada satu perasaan 'memiliki' dalam diri kita..itu fitrah...dan bermula lah ber sms..dan sms pulak benda yg menjurus kepada runtuhnya iman kita..bila iman dah runtuh..mula la berjumpa, dan bila dah berjumpa..mula lah berpegangan..kerana sifat 'memiliki' tu..
    Jadi, kalau ikhlas inginkan seseorang, naaaa...p anta tunang, suruh parents p bincang..kan lebih beradab..tapi tunang pulak bukan lesen untuk kita berpegangan,tengok la betapa islam memartabatkan maruah seseorang wanita..jadi,cinta dalam islam bila cinta itu berlandaskan syarak islam..cari la org yang mengabdikan cinta nya kepada Allah dahulu..insyaallah~~
Ok2 kita akhiri dulu wat masa nie..insyaallah, kita sambung lagi di lembaran akan datang.. salam ukhwah sahabat :)
   

Saturday 17 November 2012

Muhasabah Cinta (cover)

    Tengah2 aku lepak2 ngan kawan rumah sewa ku, terpikir pulak nak buat video. yala, assgnment kan berlambak lepas satu, satu..then satu, satu , satu then satu lepas tu satu lagi.hahaha...kadang2 aku terasa xcukup tidor pulak. jadi aku ajak kawan2 tolong aku buat vlog pertama aku. vlog pertama yang aku nak tunjuk nie, tentang klip video lagu 'muhasabah cinta' kami olah kan nya kembali jadi kan nya padat dengan aksi dan senyuman..ahahahaha
    sekurang-kurang nya, dapat la jugak aku released tensen aku..tak la aku rasa pressure sangat dengan tugasan dan environment rumah..ahaha so, aku xnak banyak cakap, just enjoy my first vlog for my blog...:)
   

Kekurangan adalah kelebihan dan kelebihan itu suatu kehebatan

Manusia sering mempersoalkan, apa kelebihan kita? 'wei, engkau tok, memang dari kecik sik ada kelebihan langsung' pernahkah anda alami perkara seperti ini?, bila anda rasa diri anda di perkecilkan kerana gagal atau tidak tahu melakukan sesuatu?.
    Setiap manusia diberikan kelebihan dan kekurangan oleh Allah. kita sebagai manusia terkadang tidak tahu apa kelebihan dan kekurangan kita sehingga timbul perasaan rendah hati mahupun bangga diri, Jadi sebagai manusia kita perlu sedar setiap kelebihan dan kekurangan kita adalah kehendak Allah.
    Aku sebagai manusia ciptaan Allah, tidak pernah lari dari rasa kecewa akibat tidak dapat apa yang kita ingini. dan terkadang terasa cemburu, 'aku sik mampu nak dapat apa yang kawan aku ada'. tapi bila aku fikir2 balik, setiap apa yang aku ada aku harus syukuri betol x?
    So, aku tukar persepsi diri aku. untuk menjadi seperti orang lain adalah mustahil sebab kita ada kelebihan dan kekurangan diri sendiri. jadi, apa yang perlu kita lakukan adalah menjadi diri sendiri. setelah berfikir sejenak akan perkara tersebut. keyakinan diri ku datang kembali dan terus menginspirasikan semangat dalam diri ku..
    ku percaya akan satu ungkapan yang aku pegang sehingga kini

'kekurangan adalah kelebihan dan kelebihan itu suatu kehebatan' :)

Friday 16 November 2012

Cerita Pendek : 'Ketika Hati Bertaubat'

    Redup senja di iringi tiupan lembayung nya yang mendinginkan luar kulit sehingga ke gigi tulang. Namun, Halim masih di luar rumah bujang nya. kedinginan senja lansung tidak di endahkan.
    Tercalit rasa sesalan di hati atas kesilapan nya yang lalu. "berdosakah aku, ya Allah?" seraya hati nya menngungkap perkataan seperti itu. Persoalan demi persoalan bermain di fikiran nya. "Adakah Engkau akan mengampuni ku, ya Allah?".
    "Allahu Akbar Allahu akbar!" azan subuh mula berkumandang sebagai tanda mukadimah laluan hari ini. Tersentak Halim dari lena hati nya. bergegas dia turuni anak tangga dan terus ke masjid yang tidak jauh dari rumah bujang nya.
    Mengapa subuh di kawasan Kota Samarahan ini begitu aneh di rasakan nya. semua kelibat jemaah yang hadir pagi itu di masjid kota samarahan berjubah labuh berwarna putih dan berserban. tidak ada seorang pun yang menggunakan pakaian biasa. dalam kehairanan, Halim disapa seorang tua 'anak muda, kenak berdiri jak? udah berwudhuk? jum berjemaah bersama' raut wajah si tua yang begitu suci. senyuman nya sahaja mampu menghilang kan raut tua nya. Halim mengangguk dan terus berwudhuk.
    Selesai solat, Halim menadah kedua tangan nya memohon ampun atas khilaf yang di pernah lakukan dahulu. dalam kekusyukan berdoa sehingga tidak sedar air mata membasahi pipi nya. seraya membuka mata kelihatan tiada seorang pun berada di hadapan nya. 'Masya-Allah, semua urang dah balit kah?' bisik hati kecil nya. ketika mengangkat punggung untuk beredar, dia di sapa lagi oleh lelaki tua yang sama 'Anak muda, ada yang belum lunas di dalam hati kitak, benar x? Halim mengerut dahi. dalam keadaan yang tidak sedar, dia mengangguk. 'maaf kan kamek ustaz, kamek banyak gilak dosa. kamek takut adakah Allah akan terima taubat kamek?' tangisan yang selama ini di tahan dilepaskan seraya badan menjadi lemah sehingga Halim terduduk di pintu masjid.
    Dengan tenang lelaki tua itu mengurut belakang nya dan menyatakan, 'tiada yang mustahil untuk Allah, sesungguhnya pintu taubat ya, amatlah besar terbuka nya bagi orang yang benar2 maok bertaubat, nak.'
Firman Allah:

“Maka ketahuilah bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan Allah dan mohonlah ampunan bagi dosamu dan bagi dosa orang-orang mukmin, lelaki dan perempuan. Dan Allah mengetahui tempat kamu berusaha dan tempat tinggalmu.” (Muhammad: 19).


'Jadi melalui hadis ya, kita dapat lihat betapa Allah menyayangi kita' sambung nya lagi. seraya itu, terasa tenang di jiwa Halim mendengar kata2 lelaki tua tadi. dia menoleh ingin bersalam kepada lelaki itu, tetapi lelaki itu sudah hilang dari pandangan nya..
    'Allahu Akbar Allahu Akbar' sekali lagi kedengaran bunyi azan, Halim tersedar dan dia masih berada di beranda rumah nya seraya dia melihat jam di tangan nya. telah masuk waktu subuh. kelihatan rakan2 nya yang lain sedang bersiap untuk kemasjid. 'Astaghfirullah, aku bermimpi rupanya..subhanallah, mimpi ku tadik benar2 memberik aku keyakinan diri untuk terus beribadah kepada Mu ya Allah..
------------------------------------------------Tammat-------------------------------------------------------

Karya : Mohd Suhardy 
Latar belakang : Kota samarahan
    


Sebagai permulaan :Mohon Perhatian sejenak Wanita :)

As Sallam ya Anta,
    Salam di hulur pembuka bicara..lantunan rasa buat jelata yang di gelar mukmin sejati. ahaks! Mukmin sejati.. masih ada kah lagi gelaran ini? kalo  zaman nabi2 dahulu, time tu islam masih kuat..memang ada orang yg hadir menegakkan islam sehingga terlahir pahlawan dan srikandi yang memungkin kan kemenangan kepada islam.
    Mengapa  begitu sedikit rasa keimanan kat hati kita? tapi soalan yang lebih sesuai, mengapa perlu timbul soalan sebegitu? tidak cukup ka ulamak2 yang ada di dunia ini? kalo xcukup, kita masih boleh rujuk buku2 ilmiah islam. atau sekarang, dah ada smartphone yg dpt mengaplikasikan internet kat mana saja. Macam aku di uitm samarahan nie..easy access hampir semua kawasan..amacam? wujud ka perkataan limited resouces?
    Aku karangi aksara ini di malam dingin dan mendinginkan. timbul rasa sedar dalam diri aku, islam kita ini hanya pada nama ka? apakah islam kita di luar sahaja..? sekarang aku sentuh soal imej. imej peribadi muslimah, bertudung labuh sehingga menutupi bawah dada..tapi apakah itu kerana ALLAH atau mahu menarik minat lelaki soleh semata2?.. please setting balik niat kita..selami betul2 apa yg kita inginkan ketika bertudung labuh, samada keredhaan Allah atau inginkan lelaki soleh semata2..
    Junjung kasih sang jelata untuk terus bermadah melalui aksara. Aku perhatikan sejenak dunia ku. adakah benar mereka tahu akan perkara yg bernama aurat itu? tidak kira lelaki atau wanita, tudung itu tidak wajib, tapi yg wajib adalah menutup aurat. samalah seperti, berkasut tinggi itu tidak haram bagi wanita. yg mengharamkan nya bila kasut itu berupaya mengeluarkan bunyi sehingga menarik minat lelaki utk menghampirinya. jadi, aku nak share satu cerita yg aku dapat dari Ustaz Azhar :

Adik : akak , kenapa pergi sekolah akak pakai tudung tapi bila kat luar sekolah akak tak pakai tudung ?

Akak : Alaa , peraturan sekolah kena pakai tudung laa , kalau tak pakai nanti kena ronta . ish malu tau ark kalau kena rotan . Sakit pulak tu .

Adik : Ouhhh , jadi akak takut laa dengan peraturan sekolah ?

Akak : Iye laa adik . kalau tak pakai , kang tak pasal-pasal kena rotan . Eii tak mao l
aa . Sakitt dan maluuu .

Adik : Habeh , akak tak takut ke kena rotan kat dalam kubur ? Akak tak takut ke nanti kena bakar sebab tak pakai tudung . Rambut tu kan sebahagian daripada aurat perempuan .

Akak takut peraturan sekolah , tapi peraturan Allah , akak abaikan . Akak malu bila dirotan , tapi akak tak malu pulak ek melanggar peraturan Allah . Kena rotan dalam kubur lebih sakit daripada kena rotan kat sekolah .

Kita nie hamba Allah je , kita tak de hak nak melanggar peraturan Allah . Berubahlah akak selagi sempat . Tutuplah aurat akak , kalau akak sayangkan abi , ummi , abang dan adik . Adik sayang akak , adik tak nak nanti akak kena seksa dalam kubur dan kena bakar . Tutup aurat yea akak . :')

*orang perempuan lebih Cantik,manis dan berseri apabila bertudung...^_^
   
    Jadi, mana yg lebih kita takuti? hukum di dunia atau akhirat? bertudung pun ada caranya ya, kaum hawa sekalian alam. jgn bertudung mengikut fesyen semata2. aku pernah melihat salah satu sesi ceramah ustaz don berkenaan dengan tatasusila bertudung yg sebenar :

1.  وليضربن dan ولايضربن بارجلهن (Jangan hentakkan kaki kamu) -Kain Tudung Berjuntai Ke Bawah
Kain tudung yang dipakai mesti la terjuntai@melabuh jatuh ke bawah..Bukan ke atas..Bermakna apabila kita pakai tudung tu, tudung tu memberat ke bawah dan menutupi bahagian depan dan belakang badan..So apabila kita tunduk, orang tak kan nampak lurah atau isi dalam baju kita..Kalau angin tiup pun,boleh nak cover lagi la..

2. بخمرهن (Terselindung)
Kalau kita nak selindung atau sembunyikan sesuatu, benda yang menutupi mesti la yang tak jarang kan? Lain kata transparent..Kalau jarang, nun dari jauh udah nampak bayang-bayang benda yang  kita disembunyikan..Bermakna kain tudung yang kita pakai mestilah tak jarang..Bukan tudung ja, baju pun sama..Dan yang ramai orang tak sedar adalan kain telukung kita..Selalunya kita tengok kain telekung yang jarang kan? Konon beli yang nipis macam plastik atau yang licin nylon tu boleh lipat kecik-kecik..mudah nak bawak kalau nak pergi travel jauh-jauh, jimat ruang.. Tapi mana sah solat kalau kita pakai telekung yang boleh nampak badan atau telinga kita..(Gilo po solat tak pakai baju sampai boleh nampak badan..)..Rambut pun sama, kang tengah solat, rambut elok je tembus kain telekung tu..dah solat kita tak sah tanpa kita sedar..iye dak?

Longgar
Kain tudung tu mestilah longgar..Ni zaman sekarang sumenya gigih nak lilit kepala sampai nampak saiz kepala gajah..Trent sekarang pakai tudung nak nampak sanggul..Yang xde sanggul pun gigih la pegi beli tudung yang ada sanggul tipu tuh..Siyez la CK cakap, TAK CANTIK pun korang pakai macam tu..

Rasulullah S.A.W bersabda:
“Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” 
(HR : Muslim. Hadith no 212.)
Tersembunyi
Bila pakai tudung, telinga tak boleh nampak..Bentuk pun tak boleh nampak..bukan setakat anggota yang telinga tu je, semua yang patut ditutup la..

Menutupi @ menyelaputi
Otak yang hilang kewarasan kerana diselaputi selepas mabuk minum arak..(mesti ramai yang tak faham part ni..CK tak tau nak hurai macam mana..kalau nak faham,kena tengok dalam video nih..)

3. على (Atas)
Atas..Bermakna diluar..Bukannya pakai di dalam..Contoh yang paling mudah, pengantin zaman sekarang suka sangat pakai tudung masuk dalam baju..So dada mudah dilihat..Kenapa sebelum kawen,molek je tutup dada tapi bila time kawen, nak masukkan dalam baju..Kononnya nak nampak fit,kemas tapi dosa sudah sampai time tu..Beware..

4. جيوبهن (Dada)
Atas dada..Makna atas dada bukanlah atas dada bawah leher..Tapi ATAS BAHAGIAN DADA..tudung dilabuhkan ke bawah melebihi dada dan atas pusat..Nak mudah, masa kita solat selepas kita takbir, kan kita letak tangan atas daripada pusat..Jadi itulah takat yang sesuai untuk wanita memakai tudung..melebihi dada atas pusat..
    Now, check balik, samada pemakaian tudung kita tu, ada x ciri2 kat atas..kalo ada..yaa, anta semua boleyh la guna tudung jenis apa sekali pun, hana tajima ka, ala2 turkiye ka..terpulang..asal jgn melampaui apa yg dikehendak islam ok?
    Jangan guna tudung bonggol unta nya tinggi g dari umah flat yg aku tinggal sekarang nie, jangan guna selendang yg ketat sehingga menampakkan bentuk telinga dan leher..jgn guna tudung terus kalo mau guna seluar dan baju yg ketat..
    OK, segala salah silap terkasar bahasa untuk post pertama dalam blog aku nie, sepuluh jari ku mohon keampunan, sekadar perkongsian ilmu, tidak terlintas di hati merujuk kepada sesiapa2..
    Sehingga berjumpa lagi di post yang akan datang, terima kasih kerana sudi membaca dan berkongsi..
Akhir kalam, Allahu akram...wabillah hi taufik, wal hidayah....wassalamu alaikum warah matullahi wabarakatuh...amin rabbal alamin :)