Friday 16 November 2012

Cerita Pendek : 'Ketika Hati Bertaubat'

    Redup senja di iringi tiupan lembayung nya yang mendinginkan luar kulit sehingga ke gigi tulang. Namun, Halim masih di luar rumah bujang nya. kedinginan senja lansung tidak di endahkan.
    Tercalit rasa sesalan di hati atas kesilapan nya yang lalu. "berdosakah aku, ya Allah?" seraya hati nya menngungkap perkataan seperti itu. Persoalan demi persoalan bermain di fikiran nya. "Adakah Engkau akan mengampuni ku, ya Allah?".
    "Allahu Akbar Allahu akbar!" azan subuh mula berkumandang sebagai tanda mukadimah laluan hari ini. Tersentak Halim dari lena hati nya. bergegas dia turuni anak tangga dan terus ke masjid yang tidak jauh dari rumah bujang nya.
    Mengapa subuh di kawasan Kota Samarahan ini begitu aneh di rasakan nya. semua kelibat jemaah yang hadir pagi itu di masjid kota samarahan berjubah labuh berwarna putih dan berserban. tidak ada seorang pun yang menggunakan pakaian biasa. dalam kehairanan, Halim disapa seorang tua 'anak muda, kenak berdiri jak? udah berwudhuk? jum berjemaah bersama' raut wajah si tua yang begitu suci. senyuman nya sahaja mampu menghilang kan raut tua nya. Halim mengangguk dan terus berwudhuk.
    Selesai solat, Halim menadah kedua tangan nya memohon ampun atas khilaf yang di pernah lakukan dahulu. dalam kekusyukan berdoa sehingga tidak sedar air mata membasahi pipi nya. seraya membuka mata kelihatan tiada seorang pun berada di hadapan nya. 'Masya-Allah, semua urang dah balit kah?' bisik hati kecil nya. ketika mengangkat punggung untuk beredar, dia di sapa lagi oleh lelaki tua yang sama 'Anak muda, ada yang belum lunas di dalam hati kitak, benar x? Halim mengerut dahi. dalam keadaan yang tidak sedar, dia mengangguk. 'maaf kan kamek ustaz, kamek banyak gilak dosa. kamek takut adakah Allah akan terima taubat kamek?' tangisan yang selama ini di tahan dilepaskan seraya badan menjadi lemah sehingga Halim terduduk di pintu masjid.
    Dengan tenang lelaki tua itu mengurut belakang nya dan menyatakan, 'tiada yang mustahil untuk Allah, sesungguhnya pintu taubat ya, amatlah besar terbuka nya bagi orang yang benar2 maok bertaubat, nak.'
Firman Allah:

“Maka ketahuilah bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan Allah dan mohonlah ampunan bagi dosamu dan bagi dosa orang-orang mukmin, lelaki dan perempuan. Dan Allah mengetahui tempat kamu berusaha dan tempat tinggalmu.” (Muhammad: 19).


'Jadi melalui hadis ya, kita dapat lihat betapa Allah menyayangi kita' sambung nya lagi. seraya itu, terasa tenang di jiwa Halim mendengar kata2 lelaki tua tadi. dia menoleh ingin bersalam kepada lelaki itu, tetapi lelaki itu sudah hilang dari pandangan nya..
    'Allahu Akbar Allahu Akbar' sekali lagi kedengaran bunyi azan, Halim tersedar dan dia masih berada di beranda rumah nya seraya dia melihat jam di tangan nya. telah masuk waktu subuh. kelihatan rakan2 nya yang lain sedang bersiap untuk kemasjid. 'Astaghfirullah, aku bermimpi rupanya..subhanallah, mimpi ku tadik benar2 memberik aku keyakinan diri untuk terus beribadah kepada Mu ya Allah..
------------------------------------------------Tammat-------------------------------------------------------

Karya : Mohd Suhardy 
Latar belakang : Kota samarahan
    


No comments:

Post a Comment